Lubuk Timah Hot Spring, Simpang Pulai, Perak | Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Lubuk Timah (4k Video)

Описание к видео Lubuk Timah Hot Spring, Simpang Pulai, Perak | Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Lubuk Timah (4k Video)

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

Air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 6.30 petang

Harga Tiket:
RM5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas)
RM3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun)
RM3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Sewa:
RM70.00 (Gazebo Eksklusif)
RM50.00 (Gazebo)
RM10.00 (Pondok)


#malaysia #fawwazmedia
------------------------
Memories by LiQWYD |   / liqwyd  
Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY 3.0
https://creativecommons.org/licenses/...

Sweet by LiQWYD |   / liqwyd  
Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/
Licensed under Creative Commons: Attribution 3.0 Unported (CC BY 3.0)
https://creativecommons.org/licenses/...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке