Tarian SINGA (PJT4U1: Pergerakan Berirama)

Описание к видео Tarian SINGA (PJT4U1: Pergerakan Berirama)

PJ KSSM Tingkatan 4 Unit 1: Pergerakan Berirama
Tarian Singa

Credit To:
Youtube Channel: Culture Creatures

Standard Kandungan:
1. Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut muzik.
2. Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama.
3. Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
4. Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.
5. Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
6. Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
7. Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Tarian singa merupakan antara tarian tradisional dan adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini memerlukan penari untuk meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kebiasaannya, tarian ini dimainkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian singa dipersembahkan oleh dua orang penari. Seorang akan bertindak sebagai penari di bahagian hadapan (kepala) dan seorang lagi di bahagian belakang (ekor). Penari di bahagian hadapan perlu menggerakkan kostum kepala singa mengikut rentak muzik. Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan seekor singa. Tarian ini diiringi alat muzik seperti gong, simbal dan gendang besar serta letusan mercun yang dipercayai membawa tuah.

10 Pergerakan Tarian Singa:
1. Singa Tidur
2. Singa Terjaga Dari Lena
3. Singa Beri Hormat
4. Singa Melompat Mencari Sesuatu
5. Singa Jumpa Makanan
6. Singa Makan
7. Singa Kongsi Kegembiraan
8. Singa Membersihkan Diri
9. Singa Tunduk Diri
10. Singa Tidur

Buku Teks Digital Tingkatan 4: ms 11-15
https://drive.google.com/file/d/1_8eo...

Tarian SINGA (PJT4U1: Pergerakan Berirama)
#pjpkkssm #pjpkpengkalan #pjpk

Комментарии

Информация по комментариям в разработке