M.NASIR APOKALIPS ( HQ QUALITY AUDIO )

Описание к видео M.NASIR APOKALIPS ( HQ QUALITY AUDIO )

#mediarockers TV #m.nasir #apokalips

Dato' Mohamad Nasir bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

M. Nasir telah didedahkan secara mendalam kepada bidang muzik tidak hanya mendengar radio; tetapi juga abang sulungnya yang membawanya rakaman dari artis antarabangsa seperti Bob Dylan, Queen, Al Stewart dan Led Zeppelin semasa membesar di Singapura pada 1950an dan 1960an.[4] Beliau telah memilih untuk menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan album pertamanya Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamad MN pada tahun 1981, namun album tersebut gagal di pasaran.

Beliau membentuk kumpulan folk rock Kembara dengan empat orang anggota lain iaitu A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhannya itu disebabkan oleh perbezaan pendapat mereka memilih genre yang bakal diketengahkan oleh kugiran tersebut. Kembara mengeluarkan album sulung mereka yang menjadi suatu kejayaan komersial dengan sebanyak 25,000 naskhah yang terjual. Mereka turut mengeluarkan enam album yang mencapai kejayaan yang sama sehingga pembubaran mereka pada akhir tahun 1985.

M. Nasir merupakan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 dan juga Pengetua Akademi Fantasia Musim 3. Malah adik lelaki M. Nasir iaitu Dzul juga aktif dalam bidang seni di Singapura. Selaku penggubah, beliau merupakan karyawan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung di Malaysia seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.

Beliau juga terlibat dalam bidang seni lukisan, terutamanya seni abstrak. Beliau telah mengadakan beberapa pameran melalui karya kanvasnya; yang pertamanya ialah Tanda pada 2014 dan Tanda II pada 2015, kedua-duanya diadakan di Shah Alam.

Album bersama Kembara

Kembara (1981)
Perjuangan (1982)
Generasi Ku (1983)
Seniman Jalanan (1984)
1404 Hijrah (1984)
Duit (1985)

Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)

Album studio

Untuk Pencinta Seni (1979)
S.O.L.O (1989)
Saudagar Mimpi (1992)
Canggung Mendonan (1993)
Srikandi Cintaku (1999)
Phoenix Bangkit (2001)
Sang Pencinta (2006)

Album kompilasi

Terbaik M. Nasir (1998)
Prahara Seni Abadi (2001)
The Essential M. Nasir (2010)
M. Nasir... Kembara Sakti (2015)

Album duet

Dia Ibu Ku - bersama Yunizar Hussein (1981)
Album runut bunyi
Merah: Original Soundtrack (1996)

Album instrumental

Irama M. Nasir – instrumental LP (1982)

Album perayaan

Pemberian Di Hari Raya (1981)
Sentuhan Hari Raya (1994)
Sensasi Hari Raya (1995)
Gilang Gemilang Aidilfitri (2001)
Hey... Pening Raya (2010)

APOKALIPS
M.NASIR

👍FOLLOW OFFICIAL MEDIA ROCKERS SOSIAL MEDIA

  / mediarockersmyofficial  
  / mediarockersofficial  
  / mediarockersori  

📍LIKE SHARE & SUBCRIBES FOR MORE NEW VIDEO

❤ THANKS FOR WATCHING

Комментарии

Информация по комментариям в разработке