Madinah Membangun Pesat selepas Tukar Kiblat - Travelog Kembara Wahyu EP6

Описание к видео Madinah Membangun Pesat selepas Tukar Kiblat - Travelog Kembara Wahyu EP6

Madinah adalah fasa pengembangan Islam. Nabi dan sahabat Muhajirin bersama Ansar berganding bahu membina sarana pembangunan umat melalui institusi Masjid Nabawi yang menjadi centre of reference kepada segenap penjuru hal ehwal agama.

Di sinilah tempat wahyu disebarkan melalui mimbar Raudah yang berfungsi sebagai universiti kepada seluruh umat Islam madinah.

Dalam travelog kali ini kita akan kongsikan bagaimana fungsi raudah, masjid dan baitullah sebagai kiblat umat Islam sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh keluarga Nabi Ibrahim AS.

Masyarakat kita memahami masjid sebagai rumah Allah. Dalam bahasa arab ia juga dipanggil Baitullah. Maka, kaabah itu adalah satu sample rumah Allah yang dibina oleh Ibrahim AS. Di dalam rumah itu ditegakkan syariat agama dalam membina sebuah model keluarga Islam. Sebab itulah bila kita berkahwin, kita dikatakan membina masjid.

Sebagai suami, ketua keluarga, imam di dalam rumahtangga kita diperintah untuk ikuti model keluarga Nabi Ibrahim AS yang telah terbukti berjaya mencipta sebuah rumah berkonsepkan baiti jannati atau rumahku syurgaku. Adanya raudah di dalam rumah sebagai pusat sumber ilmu kepada anak dan isteri.

Inilah maqasid di sebalik qiblat ummat Islam, iaitu satu direction atau hala tuju kita dalam membangunkan agama bermula dari keluarga berkiblatkan sebagaimana agama orang terdahulu iaitu bapa agama kita Nabi Ibrahim AS.

Sebagaimana seruan Allah di dalam surah al-Hajj, ayat 78:

"Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim, dia telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan di dalam agama ini Rasul menjadi saksi ke atas kamu dan kamu semua menjadi saksi ke atas manusia".

Kita diperintahkan untuk melihat dan mengambil uswah kerjabuat orang terdahulu kemudian bertukar kiblat untuk menjadi lebih baik. Mereka menjadi contoh orang-orang yang bertaqwa atau komited di dalam urusan agama.

Selari dengan surah Al-baqarah ayat 21, ayat 142 dan 143.

Beli Merchandise RareTV macam tumblr kami, baju RareNation dll dapatkan di:
https://shopee.com.my/raretv_store
.
Nak travel & collaboration dengan kami ? Hubungi team kami di sini :
http://www.wasap.my/60176288584
.
Lihat trip kami di sini : www.rarecation.com
Berminat nak join trip Rarecation whatsapp kami di sini : www.wasap.my/60176288584
.
Subscribe dan ikuti channel ini untuk kami kongsikan lebih banyak pengalaman travel kami dan team Rarecation di sini.
.
Jom follow Telegram RARETV Fan Club di sini
https://t.me/inibarurare
.
Instagram kami
  / rarecation  
.
Facebook kami
  / rarecation  

00:00 Opening
01:36 Masak Shashuka untuk sarapan
03:00 Bertolak ke Masjid Quba
04:07 Perjalanan Hijrah Nabi
04:30 Quba menjadi paksi pertama
05:26 Menelusuri sirah Masjid Quba
06:47 Nabi memulakan pembinaan Umat Madinah
07:55 Politik di Yathrib sebelum kedatangan Nabi
08:53 Bergerak ke Masjid Jum'ah
09:08 Tiba di Masjid Jum'ah
09:28 Nabi bertemu dengan Banu Najar
09:39 Sirah Masjid Jum'ah
10:46 Bertolak ke Masjid Nabawi
10:54 Visit tempat penginapan Peserta Rarecation
13:01 Tugas utama Nabi Muhammad SAW
13:33 Fasa Umur Rasulullah
14:49 Tahun Pertama Hijrah
16:22 Ahli Syuro dan Ahli Suffah
17:00 Raudhah di Masjid Nabawi
17:23 Antara Ahli Suffah
17:49 Aus dan Khazraj bersatu
18:13 Masjid, Sujud dan Solat
19:28 Konsep Raudhah
20:18 Peranan Masjid dan Raudhah di Zaman Rasul
23:50 Bertolak ke Masjid Qiblatain
24:00 Ads Break
24:55 Masjid Dua Kiblat
25:28 Peristiwa penting dalam Isra' Mi'raj
26:36 Maqasid disebalik Qiblat
27:55 Misi Masjidil Aqsa vs Misi Rasulullah di Madinah
29:14 Jumpa Peserta Rarecation dari Singapura
30:38 Pulang ke Homestay
32:23 Episod Seterusnya
32:56 Bloopers

Комментарии

Информация по комментариям в разработке