Saat Sedang Nazak | Ustaz Wadi Anuar |

Описание к видео Saat Sedang Nazak | Ustaz Wadi Anuar |

Nazak adalah saat terakhir seseorang yang akan menempuhi alam kematian. Nazak adalah ibarat sesuatu yang menyakitkan roh sehingga tidak meninggalkan satu bahagian pun dari roh yang tidak merasai kesakitan. Kepedihan di waktu nazak menyerang roh dan seluruh bahagiannya, kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi jasad, iaitu bermula dari kepala hingga ke hujung kaki. Bencana kematian itu terbahagi kepada tiga perkara. Pertama, kerasnya nazak. Kedua, akan melihat rupa malaikat maut dan ketiga keluarnya roh serta akan rasa ketakutan di dalam hati. Detik-detik akhir menjelang kematian dinamakan sakaratul maut. Sakarat diertikan sebagai mabuk. Sakaratul maut adalah peringkat ujian yang paling hebat dan ia juga amat dahsyat sehingga menyebabkan seseorang itu bagaikan rasa mabuk disamping kesakitan yang amat dahsyat. Ianya tetap dihadapi oleh sesiapa sahaja di saat kematiannya hampir tiba sama ada orang yang beriman atau tidak beriman.

Sila Subcribe untuk membantu saya mengembangkan lagi channel ini
Asalamualaikum

Комментарии

Информация по комментариям в разработке