Misteri Gunung Senyum Pahang - PART 2 | Makam Toklong | Wangian Sufi | Suara Bunian

Описание к видео Misteri Gunung Senyum Pahang - PART 2 | Makam Toklong | Wangian Sufi | Suara Bunian

Hi Guys!

Selamat datang ke channel ini yang akan sentiasa menjamu content2 yang GEEERR~

Entry kali ini adalah Edisi Seram : Misteri Gunung Senyum.

Sedikit Info :
"SEKIRANYA ingin membawa keluarga ke lokasi percutian dan pengembaraan penuh misteri, namun dilatari keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum dalam kawasan Hutan Simpan Segitiga Jengka di daerah Temerloh, Pahang, adalah pilihan terbaik.

Dibuka sebagai kawasan rekreasi pada 14 Julai 1989, Gunung Senyum yang berketinggian 1,549 meter terletak berhampiran inap desa Felda Jengka 25, apabila ramai pengunjung memilih untuk melengkapkan percutian dengan meneroka gunung berkenaan dan melihat keindahan stalaktit dan stalagmit gua batu kapur serta mencari jawapan sejauh mana kebenaran cerita mitos mengenainya.

Berdasarkan kajian arkeologi, hutan lipur di sini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di Gunung Senyum yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai belum mengetahui kisah sebenar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang mempunyai lebih 18 gua batu kapur dengan pelbagai nama unik dan klasik."

Menarik kan? Jom aku bawak korang dalam suasana misteri pula.
ENJOY the video :D


LIKE . COMMENT . SUBSCRIBE . SHARE

#edisiseram
#GunungSenyum
#Pahang
#eksplorasi
#Gua

Комментарии

Информация по комментариям в разработке