Liza Hanim - Biarlah Aku Pergi (Official Lyric Video)

Описание к видео Liza Hanim - Biarlah Aku Pergi (Official Lyric Video)

#LizaHanim #DimanaKanKuCariGanti #SuriaRecords #PRamlee #Saloma #Pop #Ballad #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

“Dimana Kan Ku Cari Ganti” merupakan sebuah album studio kedua nyanyian penyanyi popular Liza Hanim. Album ini dirakamkan khas untuk menghargai Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma. Lagu “Dimana Kan Ku Cari Ganti”, “Rindu Hatiku Tidak Terkira” dan “Istana Cinta” adalah antara lagu yang kembali popular menerusi album ini. Penjualan album “Dimana Kan Ku Cari Ganti” yang memberangsangkan melayakkan album ini berada di Carta RIM yang sering ke udara di Radio THR setiap minggu pada tahun 1998. Liza Hanim juga dicalonkan buat pertama kali dalam kategori “Persembahan Vokal Wanita Terbaik” di Anugerah Industri Muzik menerusi album ini.

Menariknya setelah 10 tahun album ini dirakam, pada tahun 2008 Liza diberi peluang untuk melakonkan watak biduanita negara tersebut dalam Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Persembahan teater muzikal itu mendapat sambutan dan disambungkan ke musim kedua. Liza juga diberi jolokan sebagai Saloma Jelmaan. Menerusi watak Saloma, Liza mendapat pencalonan “Aktres Terbaik (Watak Utama)” di Anugerah Seni Boh Cameronian pada tahun 2009.

Dengarkan album ini di Spotify: https://tinyurl.com/DimanaKanKuCariGa...

Dengarkan album ini di Apple Music: https://tinyurl.com/DimanaKanKuCariGa...

Dengarkan album ini di JOOX: https://tinyurl.com/DimanaKanKuCariGa...

Dengarkan album ini di KKBOX: https://tinyurl.com/DimanaKanKuCariGa...

Dapatkan album fizikal “Dimana Kan Ku Cari Ganti” untuk koleksi anda di sini sekarang: https://tinyurl.com/DimanaKanKuCariGa...


Trivia tentang "Biarlah Aku Pergi":

1. Sebuah lagi hasil karya bersama P. Ramlee bersama S. Sudarmaji sebagai penulis lirik.


Liza Hanim - Biarlah Aku Pergi
Muzik: P. Ramlee
Lirik: S. Sudarmaji
Terbitan: EMI Music Publishing Singapore Pte. Ltd.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке