SUP WANTAN AYAM DAN UDANG | Menu Sihat, Senang dan Sedap

Описание к видео SUP WANTAN AYAM DAN UDANG | Menu Sihat, Senang dan Sedap

Hi uols..! Harap anda semua sihat-sihat selalu..😁
Untuk menu kali ini, saya menyediakan resepi menu sihat, senang dan sedap iaitu SUP WANTAN AYAM DAN DAGING. Ianya mudah disediakan, sesuai bagi mereka yang sedang berdiet dan yang kurang selera makan akibat dari demam.

Juga adalah menjadi menu kegemaran saya, tetapi agak sukar untuk dapatkan yang halal lebih -lebih lagi di kota London/luar negara . Disebabkan itu, saya lebih suka membuatnya sendiri dan berkongsi resepi dan cara membuatnya dengan anda.

Bahan-bahannya :-
Bahan untuk inti atau filling. :
200g isi ayam dicincang
170g udang dicincang
2 batang daun bawang dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 sdm kicap cair masin
1 sdt lada hitam
1 sdt garam
1 sdt gula
* Anggaran dalam 40 biji wantan untuk adunan/sukatan ini

Bahan untuk sup :
1 kiub pati ayam
1800ml air (ikut banyak mana yang anda mahukan)
2 batang daun bawang (bahagian batang sahaja)
3-4 hirisan halia
2 ulas bawang putih diketuk
1 sdm minyak bijan/sesame oil
1 sdm kicap cair masin
1 sdt garam ikut rasa masing-masing

*Cara masak ikut seperti video yang telah saya sediakan.

Diharap anda dapat mencuba menu yang ringkas dan sedap ini. Segala komen-komen anda amatlah saya alu-alukan. Jika anda suka video ini, jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE, SHARE dan COMMENT apa yang patut..👍🏼😁

Sehingga kita bertemu di menu yang lain..!

Selamat mencuba..!! Bye..!!😘❤️

Комментарии

Информация по комментариям в разработке