Siti Nurhaliza - Nirmala (Lirik HD) | Best Audio

Описание к видео Siti Nurhaliza - Nirmala (Lirik HD) | Best Audio

SUBSCRIBE ➤    / @melodymood88  

#SanggarMustika #SuriaRecords #Traditional #Irama #Classic #ClassicalMusic #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

Trivia tentang "Nirmala":

1. Lagu ini digubah oleh Pak Ngah, dengan Che' Kem sebagai penulis liriknya.

2. "Nirmala" adalah merupakan single pertama dari album ini.

3. Lagu "Nirmala" diilhamkan oleh sebuah kisah benar yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kisah yang dikenali sebagai "Hadith al-Ifk". "Nirmala" yang bermaksud bersih, suci dan tidak ternoda menggambarkan bahawa isteri baginda, Aisyah, yang difitnah ketika itu tidak bersalah.

4. Lirik lagu ini menceritakan kesedihan yang ditanggung Aisyah di samping penceritaan semula Hadith Al-Ifk dalam bait-bait susunan lagu.

Diciptakan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan
Aduhai
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Siapa menyapa bagai pelita
Arah yang menghilang tika gelita
Duhai kasih bulan saksi
Tatap tidak ditatap
Kotakan di dada yang terdetik
Temukan sang cinta
Angin pun mula bercerita
Semesta nyata terpedaya
Kekasih tak berbahasa
Getir fikir derita mengharap
Suara
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Nun dari sana
Telah turun berbicara
Sang kesuma bidadari syurgawi
Sesungguhnya berkasihlah
Di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya
Mengapa kita sengketa
Rentaslah jalan terbuka
Tanpa dusta
Telah teguh di garis karma
Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala
Meracun imannya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa
Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

Комментарии

Информация по комментариям в разработке