Setelah Aku Kau Miliki - Shima (Lyrics/Subtitles)

Описание к видео Setelah Aku Kau Miliki - Shima (Lyrics/Subtitles)

Lagu ini memang banyak kenangan bagi saya, suka duka dari mula recording hinggalah ke penutup tirai album solo ke 2 ini, dan kemudiannya ke Juara Lagu. Cerita di studio, di belakang pentas Juara Lagu, semuanya manis buat saya dan ini merupakan pertama kali saya bertanding ke Juara Lagu 😊

Memang saya amat bernasib baik kerana di belakang saya adalah team yang amat padu. Terima kasih buat team Sony Music, wartawan semua, media cetak, media elektronik dan semua peminat saya 😊

Dengan rendah hati, terimalah lagu ini. Enjoy, love you all, and stay safe no matter where you are ❤️❤️❤️

============================
Setelah Aku Kau Miliki: Shima
Lagu: Sa'ari Amri
Lirik: Azida N.S.

Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah di pandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar

Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Teguhkah cintamu itu

Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku digenggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran

Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama khayalan itu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке