Ayam Goreng Berlado Suamiku Menambah-nambah

Описание к видео Ayam Goreng Berlado Suamiku Menambah-nambah

Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan. Che Nom gunakan semua cili merah dalam penyediaan resepi ni supaya dapat hasilkan ayam Goreng berlado versi sambal merah.
Ada 3 rasa yang dominan pada masakan ni iaitu pedas, masam dan sedikit manis..supaya dapat seimbangkan dengan kepedasan cili yang kita gunakan.

Bahan-bahan kisar kasar:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah

Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak secukup nya utk menggoreng
1 batang serai
2-3 sudu besar air asam jawa
2 biji tomato
2 helai daun limau purut
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Комментарии

Информация по комментариям в разработке