Pengampunan Diraja Najib, apa isu berbangkit? Ikuti apa kata peguam

Описание к видео Pengampunan Diraja Najib, apa isu berbangkit? Ikuti apa kata peguam

Banyak isu berbangkit selepas bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk dibenarkan menjalani hukuman penjara di tahanan rumah.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April.

Dalam permohonannya Najib mendakwa bahagian tambahan (adendum) dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Peguam Haniff Khatri berkata terdapat pelbagai keputusan yang mengatakan bahawa apa jua perintah YDP Agong iaitu kuasa pengampunan perkara 42 perlembagaan persekutuan tidak boleh dihakimi oleh Mahkamah.

Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa Yang Dipertuan Agong brkenaan pengampunan adalah untuk memberi pengampunan hukuman, penggantungan hukuman dan kelegaan hukuman.

Website https://www.themalaysianinsight.com/
Telegram https://t.me/msianinsight
Twitter   / msianinsight  
Facebook   / themalaysianinsight  
TikTok https://www.tiktok.com/@themalaysiani...
Minds https://www.minds.com/themalaysianins...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке