Subaru XV 2018 Pemanduan Off Road - Roda Pusing Khas

Описание к видео Subaru XV 2018 Pemanduan Off Road - Roda Pusing Khas

Kami biasanya membahagikan SUV kepada dua golongan, 'Pekan' atau 'Kebun'. Secara amnya, hanya SUV mewah seperti Land Rover atau Porsche yang mampu menggabungkan kedua-duanya dalam satu model.

Subaru XV serba baru yang dilancarkan hujung tahun lepas meneruskan pendekatan model sebelumnya dalam menawarkan nilai harga yang menarik.

Model 2018 ini dibangunkan dengan pelantar Subaru Global Platform terkini dan tampil lebih besar dengan penggayaan yang lebih tampan tetapi masih mengekalkan watak lasak XV terdahulu.

Ini adalah video pertama dalam siri 3 video untuk XV ini dan kami mulakan dengan pemanduan aksi lasak merentas desa.


Harga jualan atas jalan tanpa insurans:

Subaru XV 2.0i
RM130,108

Subaru XV 2.0i-P
RM137,528.00

Spesifikasi:
Enjin: 1,995 cc, 4-silinder, suntikan terus bahan api, VVT
Kuasa Maksima: 154PS @ 6,000 rpm
Tork: 196Nm @ 4,000 rpm
Transmisi: CVT
Panjang / Lebar / Tinggi (mm): 4,465 / 1,800 / 1,615
Wheelbase (mm): 2,665
Saiz Tayar: 225/60 R17
Berat Lengkap: 1,558kg

Kadar penggunaan bahan api (km/L):
Bandaraya: 12.5
Lebuhraya: 17.24

Jaminan: 5-tahun
Kos servis: RM4,820.69 (100,000 km pertama)

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.subaru.asia/my/en/vehicles...

Sila ikuti kami juga di:
Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy
Instagram: @hishamjahudi @albakry7

Комментарии

Информация по комментариям в разработке