RETROSPEKTIF : SERUAN SUCHI (1965)

Описание к видео RETROSPEKTIF : SERUAN SUCHI (1965)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, FINAS mempersembahkan program Retrospektif Sinema dengan tayangan eksklusif Dokumentari klasik SERUAN SUCHI (1965) mengisahkan tentang ibadah haji yang dilaksanakan pada tahun 1965. Seramai 5 ribu jemaah haji Malaysia berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini antaranya termasuklah SPB YDP Agong Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail dan Raja Permaisuri Agong. Upacara keberangkatan SPB YDPA diadakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sambil diiringi oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Ketibaan SPB YDPA disambut meriah oleh DYMM Al-Malik Faisal Al-Saud, Raja Arab Saudi diiringi ketua perwakilan asing dan penuntut-penuntut Malaysia di Arab Saudi. SPB YDPA merupakan Raja pertama yang membuat kunjungan rasmi ke Tanah Suci sejak dari Kerajaan Melayu Melaka 500 tahun yang lalu. SPB YDPA turut diberi penghormatan dengan melangsungkan istiadat membersih Kaabah diiringi Al-Malik Faisal. Turut di rakamkan adalah rukun-rukun dan wajib haji seperti wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar, tawaf, sa’ie dan bercukur.

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘SERUAN SUCHI (1965)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'SERUAN SUCHI (1965)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке