Jabatan Pertanian lancarkan jualan hasil pertanian menggunakan mesin layan diri

Описание к видео Jabatan Pertanian lancarkan jualan hasil pertanian menggunakan mesin layan diri

Putrajaya, 6 Mei 2024 - Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam Alwi melancarkan jualan hasil pertanian menggunakan mesin layan diri di Wisma Tani, Putrajaya.
.
Menurut Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam Alwi, ini adalah satu usaha Jabatan Pertanian untuk membantu usahawan mempromosikan hasil myGAP dan juga membolehkan warga Wisma Tani khususnya memperolehi buah-buahan dan sayur-sayuran segar terus dari ladang terutama bagi mereka yang mempunyai kekangan masa untuk ke pasar.
.
“Penempatan mesin layan diri ini telah mendapat kebenaran dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makaman (KPKM) dan inisiatif ini disambut baik bagi mempelbagaikan kaedah promosi dan pemasaran produk myGAP.”
.
Beliau ditemui di Majlis Pelancaran Vending Machine produk myGAP di lobi Wisma Tani, 4G2, Putrajaya, hari ini.
.
Pengusaha TKPM Serdang, Said Umar Bichik Koyak yang memiliki ladang yang telah dipersijilkan dengan pensijilan myGAP berkata, mesin layan diri ini beroperasi 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.
.
“Setakat ini terdapat 32 jenis sayuran, 2 jenis buah yang boleh didapati di mesin ini. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, eWallet, GrabPay atau kad debit.”

#myDOA

Комментарии

Информация по комментариям в разработке