Rasmi: Sg Bakap kekal milik PN

Описание к видео Rasmi: Sg Bakap kekal milik PN

PN diisytiharkan berjaya mempertahankan DUN Sungai Bakap melalui Abidin Ismail yang memperoleh majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi.

Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun dan timbalannya Azmi Sharom.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке