KISAH ROTAN DAN TEBUSAN PENJARA PUDU

Описание к видео KISAH ROTAN DAN TEBUSAN PENJARA PUDU

Pada 17 Oktober 1986, enam banduan yang diketuai oleh penjenayah ganas, Jimmy Chua telah menahan dua orang tebusan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur iaitu Dr. Radzi Jaafar, seorang pakar kulit dari Hospital Kuala Lumpur bersama pembantunya, Abdul Aziz Abdul Majid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam insiden tersebut, kumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah mengancam untuk membunuh kedua-dua tebusan sekiranya permintaan mereka supaya dibebaskan tanpa syarat tidak dipenuhi. Enam hari kemudian, operasi menyelamat yang disertai lapan anggota Unit Tindakhas (UTK) telah dilancarkan.

Ketika serbuan, salah seorang pegawainya, SUB INSPEKTOR MOHD MASHKOR BIN MURADI bersama rakan-rakannya telah menyerbu Klinik Penjara Pudu dengan hanya berbekalkan rotan sebagai senjata tanpa rasa gentar atau takut!

Sempena sambutan Hari Merdeka, Xklusif Bersama Syahril membawa wira UTK itu untuk berkongsi cerita sebenar detik-detik yang mendebarkan tersebut.

Jangan lupa pada tepat pukul 9 malam ini bersama penerima pingat keberanian kedua tertinggi negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) berkenaan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке