Perodua Aruz 2019 Ulasan Pemanduan Genting - Roda Pusing Ringkas

Описание к видео Perodua Aruz 2019 Ulasan Pemanduan Genting - Roda Pusing Ringkas

Setelah menerbitkan video Aruz Pandang Pertama tempoh hari yang begitu tular sehinggakan lebih setengah juta tontonan, kami berkeputusan untuk tangguhkan dulu Review penuh sehingga kami benar-benar faham keseluruhan aspek pemanduan & pemilikan Aruz ini.

Tetapi sebelum itu kami persembahkan dulu video pemanduan Aruz ini dalam satu sesi ke Genting Highlands melalui jalan lama Gombak - Janda Baik, bersama 3 orang sahabat handai Hisham. Mereka menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R sehingga ke Awana dan turut menjadi penumpang dari Awana ke puncak Genting dan balik.


Harga jualan atas jalan tanpa insurans:

Perodua Aruz 1.5 X
RM72,900.00

Perodua Aruz 1.5 Advance
RM77,900.00

Spesifikasi:
Enjin: 1,496 cc, 4-silinder DOHC Dual VVT-i
Kuasa Maksima: 75KW / 102 PS @ 6,000 rpm
Tork: 133 Nm @ 4,200 rpm
Transmisi: 4 E-AT 4 Kelajuan Automatik
Panjang / Lebar / Tinggi (mm): 4,435 / 1,695 / 1,740
Wheelbase (mm): 2,685
Kelegaan Tanah: 220mm
Saiz Tayar: 215/60 R17
Berat Lengkap (kg): 1,310

Kadar penggunaan bahan api:-
Lebuh Raya: 15.1 km/L
Bandar Raya: 11.2km/L

Untuk maklumat lanjut, layari:
http://www.perodua.com.my/ourcars/aruz


Sila ikuti kami juga di:
Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy
Instagram: roda_pusing, hishamjahudi, syarifahwyyda, tengkudjanley

Комментарии

Информация по комментариям в разработке