Kompang X-Ray Lebih Murah, Hasilkan Bunyi Nyaring

Описание к видео Kompang X-Ray Lebih Murah, Hasilkan Bunyi Nyaring

Suman Ahmad, penggiat seni muzik kompang dari Kampung Bukit Larang Melaka menghasilkan inovasi unik iaitu kompang x-ray. Secara tradisional, belulang daripada kulit lembu dan kambing digunakan untuk menghasilkan kompang berkualiti. Kesukaran mendapatkan belulang berikutan sumber terhad dan harga yang mahal, Suman Ahmad menggantikannya dengan filem x-ray miliknya sendiri yang diperolehi dari hospital.

Kompang X-Ray berjaya ditemui oleh Yayasan Inovasi Malaysia menerusi Program Jejak Inovasi. Program ini membantu Suman Ahmad mempatenkan inovasinya dan mempromosinya ke seluruh negara dengan lebih meluas. Kini, beliau mendapat permintaan dari dalam dan luar negara.

Ikuti perkembangan YIM di laman sesawang www.yim.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке