Belajar Asas Suara Harmoni #9 - Tajam Menikam (Acapella Chorus) | anNaufal

Описание к видео Belajar Asas Suara Harmoni #9 - Tajam Menikam (Acapella Chorus) | anNaufal

Nota: Gunakan EARPHONE untuk kualiti bunyi yang lebih baik 🎧

Full cover:    • Tajam Menikam - anNaufal (Acapella Ch...  

KREDIT:
Penyanyi asal:    • Tajam Menikam - anNaufal FNSS Selango...  
Inspirasi dari:
1)    • Tajam Menikam by Soutul Insan #SBIYMS...  
2)    • Suara paling merduuu !!!! Cover tajam...  

BELAJAR ASAS SUARA HARMONI

Tujuan perkongsian video siri ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan ringkas kepada para peminat pecahan suara harmoni dan acapella terutamanya adik-adik yang terlibat dengan kumpulan nasyid di sekolah.

Sememangnya saya sengaja menggunakan lagu, zikir dan melodi yang mudah lagi ringkas sahaja kerana pada pendapat saya, tidak semua orang mampu mengenalpasti perbezaan pecahan suara-suara ini. Justeru, saya kira perkongsian saya ini juga sebagai pemudah cara untuk mereka yang masih baru dengan pecahan suara harmoni.

Sejujurnya, pengetahuan saya mengenai pecahan suara harmoni ini tidaklah secara profesional. Saya hanya belajar secara tidak formal pun sebenarnya. Semuanya saya belajar sendiri dan melalui pengamatan saya terhadap lagu dan program realiti TV.

Di samping itu, penggunaan istilah dan terma bagi pecahan suara yang digunakan juga mungkin kurang tepat dan bukanlah nama sebenar. Saya hanya menamakan mengikut yang biasa saya dengar dari kenalan-kenalan nasyid saya satu ketika dulu.

Akhir sekali, saya mohon maaf jika perkongsian saya ini kurang tepat. Saya alu-alukan sebarang kritikan atau komentar. 😊🙌🏻

Semoga manfaatnya sampai kepada mereka yang memerlukan khususnya mereka yang mencari pengenalan paling asas kepada pecahan suara harmoni. 😊👍

📌 Saya halalkan setiap video saya untuk dimuat turun dan digunakan dalam modul pembelajaran nasyid atau sebagainya. Doakan saya berjaya dunia & akhirat. 🤗

Terima kasih sudi menonton. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE & SHARE. 😊👍
Facebook: Fahmi Ahmad Dusuki
Instagram: fahmiad_channel
Tik Tok: pami_jaeger

#acapellanasyid #nasyid #nasyidchannel #nasyidcover #nasyidmalaysia #harmoninasyid #belajarasassuaraharmoni #munsyidbangkit #munsyidmalaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке