[FTRJ 2023] Festival Tari Rakyat Johor 2023: Naib Johan Zapin Pat Lipat | ADIMASTULI UPM (LIVE VER.)

Описание к видео [FTRJ 2023] Festival Tari Rakyat Johor 2023: Naib Johan Zapin Pat Lipat | ADIMASTULI UPM (LIVE VER.)

Kelab Seni Tari Adimastuli Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Festival Tari Rakyat Johor 2023 [FTRJ 2023] pada 21 Oktober 2023 dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

Setelah melalui dua peringkat saringan, Kelab Seni Tari Adimastuli telah memperoleh Tempat Kedua dan Anugerah Busana Terbaik. Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan persembahan ini:

Lagu:
Bertaut Kasih

Jenis Zapin:
Zapin Pat Lipat

Karya:
Khairul Anhar

Sinopsis:
Di dalam senja berlabuh, sebuah duka memburu hati yang bersemadi. Angin yang berhembus perlahan, merestui kepergiannya memburu rezeki di cakrawala nun jauh. Setiap nafas yang terhela, tertulis doa kesetiaan penuh rahsia. Gelombang ombak yang mengalun, ada kerinduan memanggil menjadikan saksi malamnya. Matahari terbenam mengundang impian yang membentang luas penuh harapan menjadi keluhuran jiwanya. Dalam diam menantian kepulangan, membiarkan hati bersimfoni dengan ketabahan dan kelembutan. Mencipta sebuah puisi yang mengalir sepanjang perjalanan waktu, JAGA DIRI.

Kredit Gambar dan Video:
Yayasan Warisan Johor

Ikuti perkembangan di akaun rasmi kami.

Youtube: Adimastuli UPM
Instagram: adimastuli_upm
TikTok: adimastuli_upm

Jangan lupa untuk subscribe, like dan share!

"BERILMU BERBAKTI"
Kelab Seni Tari Adimastuli
Universiti Putra Malaysia.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке