Kehadiran tentera beri manfaat kepada kami – Penduduk Kampung

Описание к видео Kehadiran tentera beri manfaat kepada kami – Penduduk Kampung

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wakil penduduk Kampung Orang Asli Sungai Mahang, Nilai, Panjang bin Pandak, 64 menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) atas kehadiran mengadakan program kesihatan di kampung mereka.

Menurut Panjang, Progam Jiwa Murni (PJM) anjuran Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) itu telah memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung berkenaan dalam aspek penjagaan kesihatan.

“Saya sebagai wakil kampung mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak Tentera Darat dari Kem Sungai Besi kerana datang ke kampung kami untuk melakukan program kesihatan di kampung kami,

“Saya lihat program ini mendapat sambutan yang positif dari penduduk dengan adanya pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan rawatan pergigiaan amat-amat bermakna bagi kami orang kampung yang kebanyakkannya kurang memberi penekanan kepada kesihatan,” jelasnya kepada Air Times, semalam.

Pada Sabtu, seramai 9 pegawai dan 35 anggota dari MK PMBTD telah menganjurkan PJM dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian di kampung berkenaan.

Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik MK PMBTD, Brigedier Jeneral Ts Roslan Mat Saad berkata, program ini dilaksanakan untuk mengukuhkan kerjasama awam dan tentera selaras dengan Pelan Strategik Tentera Darat serta memberi pemahaman lebih mendalam berkenaan penjagaan kesihatan.

Dianggarkan seramai 200 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Mahang telah mendapat rawatan kesihatan, pemeriksaan dan ceramah pergigiaan dari anggota Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Panjang berharap program seperti ini dapat diteruskan di kampungnya pada masa hadapan.

“Saya berharap program ini akan berterusan di masa akan datang. Kami sangat mengharapkan kehadiran mereka,

“Kami sentiasa sudi menerima apa sahaja pandangan mereka kepada kami,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#kesihatan #airtimes #TDM #PMBTD #orangasli #PJM #Seremban #kampungsungaimahang

Комментарии

Информация по комментариям в разработке