'Memang tegang' - Anwar dakwa Dr M-Muhyiddin mahu haramkan Umno

Описание к видео 'Memang tegang' - Anwar dakwa Dr M-Muhyiddin mahu haramkan Umno

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran serangan lawan kerana Zahid mengetahui perancangan pembangkang untuk mengharamkan parti itu sebelum ini.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin merancang mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas PRU 14 lalu.

Mendedahkannya pada satu program di Kedah malam tadi, presiden PKR berkata dia bersama Lim Guan Eng yang ketika itu setiausaha agung DAP dan Presiden Amanah Mohamad Sabu membantah kerana ia bukan penyelesaian kepada isu berbangkit pada waktu berkenaan.

   • Ceramah penuh:  Anwar jawab 'serangan...  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке