Eksesais PARA Predator II 2022: Guna peluru hidup gempur sasaran walaupun sekadar latihan

Описание к видео Eksesais PARA Predator II 2022: Guna peluru hidup gempur sasaran walaupun sekadar latihan

Pasukan 10 Briged (PARA) baru-baru ini telah melaksanakan latihan tempur skala besar dalam Eksesais PARA Predator II 2022 - Battle Group Combined Arms Live Firing Attack (BGCALFA).

Latihan ketenteraan ini melibatkan keseluruhan aspek operasi 10 Briged dalam merancang, menggempur dan atur gerak aset .

Apa yang kita dapat lihat pada video ini adalah hampir kesemua aset pasukan elit Tentera Darat Malaysia telah digunakan. Ketiadaan blank attachment pada raifal, raifal sniper dan mesingan menunjukkan eksesais ini menggunakan peluru hidup.

Selain daripada itu, 10 Briged (Para) turut menggunakan beberapa aset lain seoerti VAMTAC, mortar dan meriam howitzer 105mm LG1 Mark III
Latihan sebegini adalah rutin bagi Tentera Darat Malaysia khususnya 10 Briged Para bagi memastikan keupayaan dan kecekapan anggota adalah berada di tahap tertinggi.

Walaupun negara kita masih lagi bebas dari sebarang ancaman konflik, penggunaan peluru hidup semasa latihan adalah perlu bagi mengukuhkan keyakinan anggota dan juga memberikan pendedahan awal seandainya situasi memerlukan di masa hadapan.

#TenteraDaratMalaysia #Pertahanan #10brigedpara

Video: 10 Briged (Para)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке