SHERATON MALDIVES | Berbaloi ke stay hotel RM7 ribu?? | FULL REVIEW | Part 2

Описание к видео SHERATON MALDIVES | Berbaloi ke stay hotel RM7 ribu?? | FULL REVIEW | Part 2

SHERATON MALDIVES Full Moon Resort & Spa

Tarikh Check In : 31 Ogos-01 Sept (1 Malam)
Jenis Bilik : Overwater Bungalow With Plunge Pool (Free Breakfast for 2)
Harga : RM6000-RM7000 (Per Night)
Book direct melalui apps Marriott Bonvoy (Level Platinum Elite Members).
Complimentary Speedboat Transfer.

Asalnya kitorang book bilik deluxe room jer (Harga Dalam USD300 @ RM1300). Lepas tu kitorg mintak upgrade ke bilik Overwater Bungalow ni. Nasib baik ada bilik kosong dan kitorg just tambah lagi USD100 jer. Kitorg poń sambar la peluang ni!! Harga lagi murah dan jimat giler kot. Serius puas hati.

Kemudahan dan aktiviti ;
Aktiviti memang ada banyak kat sini tapi kitorg sempat la cuba beberapa activiti antaranya snorkeling depan bilik, main dart, pingpong papan batu, outdoor gym dan fitness centre. Even kayak pon tak sempat nak try. Memang tak cukup masa duduk 1 malam kat sini. Tapi tu la jangan tak rasa yer dak.

Kami sempat makan malam Restoran Chinese food kat Chopstix, food semua sedap dan sangat puas hati. Mita pon layan kami dengan sangat back masa tu. Al maklum la jumpe saudara serumpun kan, excited bukan main lagi hihi..
Food breakfast not bad la. Yang aku suka kat situ non stop makan buah peach donut dia. Gebu dan manis ya amattt!!

Overall resort ni memang best. Ada rasa nak repeat tak? YES aku nak repeat kalau ada peluang datang ke Maldives lagi.

Harga & Tips untuk panduan;
1) Simkad usd40 (boleh byr guna kredit kad/cash) beli di airport.
2) Speedboat transfer free (cari hotel yg free airport transfer lagi senang)
3) Tukar duit USD siap2 sblm ke sana, sampai sana boleh guna USD untuk bayar speedboat atau aktiviti.
4) Boleh byr guna kad juga masa di sana.
5) Sampai airport baru tukar rufiyaa (matawang maldives) tapi taknak tukar pun takpe sebab diorang terima USD. Harga sama je.
6) Standby bawak makanan ready to eat sebab kalau lapar dan nak cepat terus boleh makan.
7) Harga makanan sana boleh tahan mahal so jangan convert kalau teringin nak cuba hahaha..
8) Harga makanan utama di resort bermula 25usd.
9) Capati, kari tuna dgn tuna kelapa tu wajib cuba. (kulhimas)
10) Standby water shoe, sunblock dan plastik beg (untuk baju/kasut basah).
11) Gadget underwater jangan lupa!!
12) Standby Ubat mabuk laut.
13) Jangan lupa isi IMUGA 96jam within travel date. simpan QR code utk scan masa kat airport.
14) Pastikan hotel provide air mineral yg cukup sebab mineral water pun mahal.

Semoga video ni memberi sedikit info dan manfaat dekat kome semua.
Sehingga kita berjumpa lagi di next VIDEO!!

Gajet yg aku gune ;
1. Iphone 14 pro max (256gb)
https://shope.ee/601YXbVHyN

2. Drone - Dji Mini 3
https://shope.ee/kLOH8k59

3. Action Camera - Insta360 X3
https://shope.ee/3px3xhSa3D

4. Gimbal - Zhiyun Q3 (plus built in lighting)
https://shope.ee/6zu5jZFS1E

5. Mic - Comica Boom-XD
https://shope.ee/9pEH703Xwj

6. Lighting - Ulanzi VL49
https://shope.ee/7f9mXAhDg0

7. Extend Tripod - Ulanzi MT44
https://shope.ee/7f9mXAhDg0

8. Tripod Sotong - Ulanzi MT33
https://shope.ee/9euqvEd6tL

Комментарии

Информация по комментариям в разработке