Cara Guna Vaseline Di Kulit Muka

Описание к видео Cara Guna Vaseline Di Kulit Muka

#Vaseline #SluggingSkincare #SkinBarrier

Instagram:   / mar.uling  

Kulit kamu sensitif? Belum jumpa pelembap muka yang sesuai? Mungkin kamu boleh cuba pakai Vaseline di muka kamu.

Saya sendiri memiliki kulit yang kering dan sensitif. Tapi Vaseline-lah yang banyak membantu pulihkan kulit saya dari kulit yang breakout (ruam & jerawat) sampailah kulit saya jadi lebih sihat seperti sekarang. Saya harap kulit kamu juga sesuai untuk guna Vaseline ni, walaupun saya tahu kulit semua orang pasti berbeza-beza.

Dalam video ini, saya tunjuk cara saya gunakan Vaseline pada kulit muka saya supaya kamu juga boleh cuba guna cara yang sama untuk kulit kamu. Kalau tidak sesuai juga untuk kulit kamu, saya harap kamu akan jumpa produk lain yang sesuai untuk kulit kamu.

PENTING! Sila baca sebelum cuba Vaseline di kulit muka:
1. Jangan sapu Vaseline selepas gunakan produk yang ada bahan aktif seperti retinol, BHA, AHA, etc.
2. Vaseline boleh digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin sebelah malam bersama dengan produk yang bersifat hydrating (melembapkan) dan tidak mengandungi bahan aktif.
3. Pastikan kulit bersih dari sebarang kotoran dan make-up sebelum sapu Vaseline pada kulit.
4. Vaseline yang disapu tebal pada kulit boleh 'memerangkap' haba, jadi, pastikan ruang bilik dalam keadaan berhawa dingin dan cukup sejuk untuk elakkan kulit dapat ruam haba.
5. Tidak digalakkan untuk pakai Vaseline pada waktu siang sebab akan menyukarkan penggunaan sunscreen di siang hari.
6. Sila tengok video saya yang sebelum ini supaya kamu faham kenapa saya memilih untuk gunakan Vaseline pada kulit muka saya. (Tekan    • Vaseline Sebagai Pelembap Muka Untuk ...   )

Kalau ada apa-apa soalan berkenaan video ini, sila tulis di ruang COMMENT di bawah.

Kalau suka video ini, jangan lupa untuk LIKE dan SHARE dengan mereka yang kamu rasa patut tengok video ini.

Bagi yang sudah subscribe channel ini, terima kasih! Dan bagi yang belum, saya harap kamu juga akan support saya dengan SUBSCRIBE ke channel ini sebab ianya akan sangat membantu.

Untuk dengar sendiri nasihat dari pakar kulit mengenai Vaseline untuk kulit muka, tengok video ini:    • Vaseline on the face| Dr Dray  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BGM:
1) Music by Chinsaku - Blossom - https://thmatc.co/?l=B5C415E4​
2) Music by Raf Bernardino - Climb - https://thmatc.co/?l=3CF7C9A9
3) Music by Citrus Avenue - Girl from Manu Bay - https://thmatc.co/?l=7FA17957
4) Music by Citrus Avenue - No More Monkey - https://thmatc.co/?l=6C356E2C

Комментарии

Информация по комментариям в разработке