Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream | Edisi Niaga

Описание к видео Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream | Edisi Niaga

Selamat kembali pada siri edisi niaga.Kali ini Che Nom nak share resepi kek karot dengan lapisan cream cheese buttercream. Resepi kek Carrot ni Che Nom dapat dari sahabat Instagram, iaitu sis Atun yang memang sentiasa murah hati berkongsi resepi. Sebenarnya Che Nom bukan lah peminat kek carrot tapi dengan hasil resepi ni terus jadi suka makan. Kek nya lembut, moist dan Che Nom tambah sedikit rempah “mixed spice” untuk lebih harum bila kita bakar. Kemanisan kek pun sedang elok aja. Untuk cream cheese frosting atau cream cheese buttercream tak susah pun nak sediakan dan rasa pun sedap. Bila keduanya bergabung. rasa masam-masam cheese, rasa manis karot dan rasa berlemak rangup kacang walnut memang sedap lah. Kita deco sikit corak karot comel supaya nampak lebih menarik.
Che Nom memang buat bekas kecil-kecil macam ni khas untuk yang nak berniaga pek bajet, dan juga kongsikan harga kos ikut sukatan resepi dan harga bahan yang Che Nom beli. Dalam video ni topping cream cheese digandakan sebab nak lapisan lebih tebal.

Hasil : 6 pek 7 x 3 inci ATAU boleh guna loyang 10 x 10 inci
Bakar suhu 160℃ selama 25-30 minit


//Bahasa Melayu
---------------------------------------
Bahan-bahan untuk kek lobak merah:
5 biji telur saiz A atau B
1 sudu kecil esen vanila
300g gula kastor
250g minyak jagung
280g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ atau ½ sudu kecil serbuk mixed spice
100g walnut
400g parutan lobak merah
½ sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk lapisan krim keju:
250g krim keju
140g mentega
140g gula aising
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil jus lemon
***NOTA: Dalam video Che Nom gandakan 2 adunan krim keju

//English
---------------------------------------
Ingredients for carrot cake:
5 eggs size A or B
1 teaspoon vanilla essence
300g caster sugar
250g corn oil
280g self-rising flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
¼ or ½ teaspoon mixed spice powder
100g walnuts
400g grated carrots
½ teaspoon of salt

Ingredients for the cream cheese buttercream:
250g cream cheese
140g butter
140g icing sugar
½ teaspoon vanilla essence
1 teaspoon lemon juice
***NOTE: I have doubled the cream cheese mixture in the recipe

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #carrotcake

Комментарии

Информация по комментариям в разработке