Cara Jana Pendapatan Dengan YouTube

Описание к видео Cara Jana Pendapatan Dengan YouTube

Pernah tak anda tertanya bagaimana YouTuber dan Content Creator boleh jana pendapatan beribu mahupun berjuta ringgit? Boleh ke buat duit dengan YouTube Channel je?

Dalam video ini saya terangkan pelbagai kaedah mereka boleh jana pendapatan. Pertama adalah melalui YouTube Partner Program. Sebahagian besarnya adalah anda dapat sedikit potongan apabila meletakkan iklan pada video. Namun selain dari itu YPP juga ada pelbagai kaedah lain di bawahnya.

Seterusnya adalah Brand Partnership. Syarikat akan bekerjasama terus dengan anda. Boleh melalui iklan pendek dalam video, sponsored video ataupun sebagai duta. Content creator juga boleh menjual produk sendiri sama ada fizikal (pakaian, makanan, buku, etc.) atau online (pdf, online course, consultation, etc.).

Affiliate marketing adalah di mana anda boleh salurkan penonton kepada sesuatu produk & jika pembelian dilakukan, anda akan dapat sedikit comission. Akhir sekali adalah Fan Funding iaitu dana langsung daripada peminat, sebagai balasan mereka dapat akses eksklusif daripada content creator.


Ini adalah contoh link affiliate, cuba tekan tengok dia bawak ke mana
https://shp.ee/e5ingeg

Aizat sangat menghargai kalau anda boleh tekan LIKE
SUBSCRIBE supaya tidak terlepas video baru
Jangan lupa SHARE juga video ini

Follow media sosial Aizat!
IG:   / izack_aizat  
FB:   / izack.aizat  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке