[POLEMIK] Diskusi Riwayat Lamaran Nabi s.a.w. Terhadap Ummu Hani' - Maulana Asri Yusoff

Описание к видео [POLEMIK] Diskusi Riwayat Lamaran Nabi s.a.w. Terhadap Ummu Hani' - Maulana Asri Yusoff

https://darulkautsar.wordpress.com/
[POLEMIK] Diskusi Riwayat Lamaran Nabi s.a.w. Terhadap Ummu Hani' - Maulana Asri Yusoff

Ada beberapa riwayat yg menunjukkan Nabi s.a.w. pernah melamar Ummu Hani'. Dikatakan sampai tiga kali tetapi semuanya ditolak oleh pihak Ummu Hani'; iainya dikatakan berlkau pada zaman jahiliyyah sehingga pembukaan Kota Makkah. Ada riwayat sirah, ada juga riwayat hadith yang menyebut kisah ini. Yang menjadi sandaran utama kisah ini (setelah pembukaan Kota Makkah) ialah hadith Muslim di bawah. Bagaimana mahu berinteraksi dengan hadith ini?

Ikuti perbincangan ini dengan dada yg terbuka.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. yang berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإبلِ ، أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ، وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ
Maksudnya: “Bahawa Naib s.a.w. telah meminang Ummu Hani’ binti Abi Talib dan Ummu Hani’ berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah tua dan mempunyai keluarga (anak-anak).” Jawab Nabi s.a.w.: “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menunggang unta (wanita ‘Arab), paling sangat penyayang sanggup menjanda untuk anak yang masih kecil, paling sanggup memelihara anak suaminya.” (Sahih Muslim)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке