Show Penutup Khairan | Johan Sekolah Menengah Festival Nasyid Kebangsaan 2013

Описание к видео Show Penutup Khairan | Johan Sekolah Menengah Festival Nasyid Kebangsaan 2013

Pasukan Khairan dari SBPI Kubang Pasu, Kedah telah dinobatkan sebagai Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2013 bagi kategori Sekolah Menengah yang telah berlangsung pada 21-24 Jun 2013 bertempat di Dewan Konvokesyen, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, Alor Star, Kedah.

Persembahan sewaktu Majlis Penutupan setelah dinobatkan selaku Johan Sekolah Menengah.

Mari berkongsi info di :   / soutulimtiyaz  

.:LIRIK:.

Tajuk Lagu 1 : WASATIYYAH UMMAH BERPANDUKAN AL-QURAN
Lagu dan Lirik : Us Mohd Fitri bin Mohamad

Allah ya Allah ya Allah ya Allah 3x

Bila dipandang disingkap wasatiyyah
Hakikat terbayang kan jelas di mata
Betapa al-Quran menjadi wasilah
Antara khaliq rasul dan umatnya (maksud : pencipta)

Walaupun dibongkar segenap rahsia
Natijah menuju kifayatul ummah (maksud :kesudahnnya untuk melengkapkan umat )
Walaupun ditola'ah mukjizat ayatnya
Hakikat terserlah tiada batilnya

Kebenaran hakiki takkan dibatili
Jika ditunjangkan teguhnya berdiri
Walau tertegak ke langit masih berpaksi di bumi
Tawaddu' dan rendah diri menyucikan hati.

Ummah wasatiyyah kesederhanaan terpuji
Dengan berlapang dada Qada' dan Qadar Ilahi

Anugerah Tuhan jangan disiakan
Jangan diabaikan kelak kan binasa
Kembalilah teman kepada tuhan
Nescaya hidupmu aman sentosa

Langkah diatur menuju ke hadapan
Takkan sekali ku toleh ke belakang
Al-Quran diagung jemala kupasakkan
Benteng terakhirku saksi bertemu Tuhan

Bila menuju keredhaan Tuhan
Mantap akidah tekal berkekalan
Hasanah di dunia akhirat kebaikan
أصبح خير الأمة....أمة وسطا

-QASIDAH

Memartabatkan agama
Membina ummah berjaya
Budayakan wasatiyyah
Berteras Quran mulia

Terbina jua segala yang dicita
Generasi unggul warisan perdana
Menjadi harapan bangsa dan agama
Takkan hilang bahkan muncul
Ummah wasatiyyah 3x

Tajuk Lagu 2 : PERJUANGAN RASULULLAH SAW.
Lagu dan Lirik : Us Mohd Fitri bin Mohamad

Akibat perpecahan sesama kabilah
Akibat penentangan terhadap Rasulullah
Akibat kekejaman Quraish yang memerintah
Akibat daripadanya Rasulullah berhijrah

Bukan takutkan kesengsaraan
Ataupun lari meninggalkan halaman
Tapi mencari keredhaan Tuhan
Mendaulatkan agama Junjungan

Beronak duri perjalanan yang Rasul tempuhi
Abdullah Umar membebaskan kambing menutupi tapak kaki
Dikaburi ditutupi kesan perjalanan Nabi
Bersama sahabat sejati

Malam dingin sunyi sepi
Tiada cahaya menerangi
Bintang-bintang menjadi saksi
Ketabahan dua hati

ﻄﻟﻊ ﺍﻟﺑﺪﺭ ﻋﻟﻴﻧﺎ ﻤﻦ ﺜﻧﻴات ﺍﻟﻮﺪﺍﻉ*
Ansar menyambut hadir nya
Muhajirin dan seorang nabi

Allahuakbar Allah Maha Besar
Didamaikan Aus dan Khazraj bersatu demi tuhan
Bermulalah perjuangan Rasulullah dan para sahabat
Menggunakan tubuh badan jua lisan di dalam perjuangan

Mencerminkan peribadi
Bersama sahabat sejati
Menzahirkan keimanan diri
Pada Tuhan Rabbul'izzati

Nikmat Islam dirasa kini
Segala yang kita nikmati
Ghuzwah sirah dikenang kembali
Pengorbanan sahabat dan Nabi

•Uhud,Badar,Khandak dan Siffin
Tabuk,Mu'tah,Hunain, Bani Nadhir

Комментарии

Информация по комментариям в разработке