Kontroversi Nafas: Biar SPRM siasat, tidak mahu tuduh bekas menteri - Mat Sabu

Описание к видео Kontroversi Nafas: Biar SPRM siasat, tidak mahu tuduh bekas menteri - Mat Sabu

Kerajaan memberi keyakinan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan ke atas dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata ini bagi mengelak kerajaan daripada menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita tak nak menuduh kepada siapa-siapa sama ada bekas menteri, timbalan menteri atau menteri sekarang jangan tuduh menuduh. Yang penting kita minta SPRM siasat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH- Bayan Baru) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/JMfSB7DDPjA

Комментарии

Информация по комментариям в разработке