WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG

Описание к видео WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG

Saluran Rasmi:    / eduwebtvkpm  

#eduwebtvkpm #tvpendidikan #kementerianpendidikanmalaysia
Pada 10 September 2024, Bahagian Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), menganjurkan Seminar Literasi Undang-Undang KPM Tahun 2024 secara hibrid bertempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Objektif Pelaksanaan Literasi Undang-Undang kepada guru-guru pelatih (bakal guru) adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka terhadap peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi apabila menceburi bidang kerjaya guru kelak. Pendekatan ini juga sebagai langkah membantu KPM dalam mengurangkan isu-isu pelanggaran tatatertib dan undang-undang dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM pada masa hadapan.
Literasi Undang-Undang KPM adalah merupakan aktiviti sokongan bagi inisiatif #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Aktiviti ini telah dilaksanakan sejak tahun 2021.
Di antara pengisian Seminar Literasi Undang-Undang KPM 2024 adalah Forum Literasi Undang-Undang. Forum ini akan menampilkan YBrs Tuan Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) sebagai Panel Utama, dan dibantu oleh Dr Mohd Azam Bin Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Puan Norazalina Binti Razali, Peguam Kanan Persekutuan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang KPM. Ini disusuli dengan Tayangan Khas Dokudrama Literasi Undang-Undang Khilaf Mukhlis selepas itu.
Seminar Literasi Undang-Undang KPM 2024 ini juga diserikan dengan kemunculan Personaliti TV iaitu saudara Irfan Syahmi Nasution sebagai moderator forum.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке