HOORE! HOORE! 24 May 2012 Official Trailer

Описание к видео HOORE! HOORE! 24 May 2012 Official Trailer

Tarikh Tayangan 24 May 2012
Pengarah Saw Teong Hin
Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd & Real Films Sdn Bhd
Klasifikasi U
Pelakon Akim, kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronizam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Shana Razman, Afi Yamin , Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz

Astro Shaw dan Real Films Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati perjuangan seni selepas pemergian 2 dekad (20 tahun) Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter. Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh composer Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem ini.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке