Somporing Buluh Angkat Seni Muzik Tempatan

Описание к видео Somporing Buluh Angkat Seni Muzik Tempatan

Philipus Jani, seorang pemuzik dari Tambunan mencipta saksofon daripada buluh yang dikenali dengan somporing. Pada kos yang lebih murah, somporing ini dihasilkan dengan teliti dan mampu mengeluarkan nada A hingga G major. Kualiti inovasi ini telah berjaya menarik perhatian dan tempahan daripada pemuzik luar negara. Beliau aktif mewakili komuniti dan negara untuk membuat persembahan di dalam dan luar negara dengan menonjolkan identiti budaya tempatan.

Inovasi unik ini telah dibantu oleh Program Jejak Inovasi yang digerakkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Dana dan bantuan diberikan untuk R&D, selain dibantu mempertingkatkan aspek pemasaran. Philipus Jani dan somporingnya kerap diperkenalkan kepada umum menerusi program dan aktiviti yang dianjurkan oleh YIM.

Ikuti perkembangan YIM di laman sesawang www.yim.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке