[WACANA SINAR] Nak peruntukan kena lari?

Описание к видео [WACANA SINAR] Nak peruntukan kena lari?

[WACANA SINAR] Nak peruntukan kena lari?

Soal peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang timbul lagi, kali ini selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Ab Rahman berlari sejauh 200km dari Muar ke Parlimen Malaysia bagi menghantar mesej kepada kerajaan tentang isu tersebut.

Bukan sahaja terkait reformasi parlimen atau keadilan kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti, isu ini juga berlarutan kepada perubahan sokongan ahli parlimen yang boleh mencetuskan implikasi lebih besar termasuk potensi kekosongan kerusi.

Saksikan perbincangan isu ini dalam Wacana Sinar edisi 447, NAK PERUNTUKAN KENA LARI? secara langsung di Studio F Karangkraf Shah Alam, atau di platform digital Sinar Harian.

#WacanaSinar #SinarHarian #MalaysiaMadani #Peruntukan #AhliParlimen #Pembangkang #AhliParlimenPembangkang #AhliParlimenMuar #AhliParlimenPulai #ParlimenMalaysia #reformasiparlimen

TIMECODES
0:00 - Intro
2:56 - Soal peruntukan dijadikan senjata politik pihak kerajaan terhadap pihak lawan?
7:42 - Kemana seharusnya peruntukan ahli parlimen itu perlu dibelanjakan?
11:15 - Proses rundingan pembangkang dengan kerajaan dan syarat-syarat yang disebutkan oleh PMX?
16:18 - YB Syed Saddiq mengkhianati tiket kemenangan di Muar?
18:12 - Isu peruntukan menjejaskan MP untuk menjalankan tugas?
21:46 - Isu peruntukan ini menjadi kebimbangan Kerajaan Perpaduan yang akan digunakan pembangkang untuk kempen parti politik?
22:58 - Peruntukan perlu jelas kepada siapa - Syed Saddiq
28:04 - Peruntukan kepada ahli parlimen ada tiga - Suhaizan Kayat
30:18 - Timbul kekeliruan isu ahli parlimen dan individu dilantik sebagai penyelaras di kawasan mengenai isu bantuan...
34:39 - Bagaimana untuk memastikan peruntukan itu benar-benar sampai kepada rakyat?
36:52 - Benarkah dakwaan Ahli Parlimen Pembangkang tidak boleh muncul di sekolah/ipta yang akan membawa imej negatif?
37:56 - Integriti dalam konteks pelaporan audit bagi seorang ahli parlimen?
40:51 - RUU Perdanaan Politik kepada parti politik...
46:47 - Isu peruntukan selalu dimainkan sewaktu PRK/PRU...
48:19 - Wujud dakwaan blok kerajaan kehilangan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat...
49:52 - Rakyat mula hilang kepercayaan, komen YB Syed Saddiq?
52:00 - 'Langkah Muar' usaha yang baik...
55:27 - Jika isu peruntukan masih berlaku mungkin Ahli Parlimen Pembangkang akan beralih sokongan?
57:38 - Penambahbaikan untuk selesaikan isu peruntukan ini?
59:30 - Kalau perlu berjuang sendirian demi rakyat di kawasan Muar, adakah YB Syed Saadiq sanggup?
1:01:19 - End credits

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке