Guna akaun fleksibel untuk kecemasan bukan modal perniagaan, nasihat pakar ekonomi

Описание к видео Guna akaun fleksibel untuk kecemasan bukan modal perniagaan, nasihat pakar ekonomi

Jadikan pengeluaran wang akaun 3 iaitu Akaun Fleksibel KWSP jalan terakhir sekiranya berhadapan isu kecemasan, kata Pakar Ekonomi.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menasihati pencarum agar bijak dan berdisplin mengguna wang KWSP seperti menggunakan untuk modal perniagaan.

"Saya harap ia tidak akan digunakan sebagai modal perniagaan sebab banyak agensi dibawah kerajaan sudah menyediakan kemudahan itu. Bukan saja pinjaman malah pemberian geran,"katanya dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menyambut baik penstrukturan ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anggota masyarakat yang sedang berhadapan isu kos sara hidup.


Website https://www.themalaysianinsight.com/
Facebook   / themalaysianinsight  
TikTok   / themalaysianinsight  
Twitter   / msianinsight  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке