TM6 : Resepi Seri Muka Thermomix

Описание к видео TM6 : Resepi Seri Muka Thermomix

Resepi Kuih Seri Muka

Bahan A (lapisan bawah)
Beras pulut - Rendam 4 jam atau lebih (saya rendam semalaman)
Santan - 250g (Saya guna jenama S&P)
Garam - 1sdk
Minyak masak - 2sdb (jika guna santan kotak)
Daun pandan - sehelai disimpul

Bahan B (Jus pandan)
Air - 150g
Daun pandan - 3 helai (saya guna 7 helai daun pandan yang muda)

Bahan C (lapisan atas)
Santan kotak - 250g
Telur - 2 biji
Tepung gandum - 50g
Tepung jagung - 30g
Gula pasir - 90g
Garam - 1/2 sdk
Pewarna hijau - 1/4 sdk jika suka

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dalam loyang. Kacaukan rata-rata dan kukuskan selama 30minit l varoma l sp2.
2. Setelah masak, pindahkan ke dalam loyang atau acuan. Padatkan pulut.
3. Seterusnya masukkan bahan B, kisarkan 30 saat l sp 10. Tapis dan ketepikan. Bilas mixing bowl.
4. Masukkan bahan C dan B ke dalam mixing bowl. Gaul rata selama 20saat l sp 5. Kaupkan ke bawah.
5. Masakkan adunan 5minit l 60C l sp 4.
6. Tuangkan adunan ke atas pulut. Kukuskan adunan selama 30 minit l Varoma l sp 1.
7. Semasa mengukus pada 5 minit terakhir, bukakan penutup varoma untuk keringkan permukaan kuih. Tujuannya untuk mengelakkan kuih cepat basi

Tips masakan:
1. Jika tidak mahu guna pewarna hijau, guna 7-10 helai daun pandan muda
2. Jika guna daun pandan tua, buat batang tengah sebelum kisar untuk elakkan pahit
3. Jika menggunakan beras pulut susu, memadau rendam 15minit sahaja
4. Tunggu betul-betul seju baru potong dan keluarkan daripada acuan
5. Jika guna loyang, untuk mendapatkan potongan yang cantik, selepas potong lap pisau dengan kaij basah untuk mengelakkan kuih melekat pada pisau dan potongan menjadi tidak cantik
.
.
Kredit resepi asal: Kak Quin
.
.
.
Nak tahu info dan promo terbaru Thermomix?
Nak Free Home Demo Thermomix?
Bolleh what's app atau call Wani 💕

ZAWANI AMIRAH RASID
Thermomix Advisor
ID: 33139
0183924467
https://tm6zawani.wasap.my
.
.
More info, tips & recipes at:
Fb/Ig/Tt: @zawani_amirah_rasid

Facebook :
https://bit.ly/3QXrjLH

Instagram:
https://shorturl.at/JO03G

Tik tok:
https://shorturl.at/c2JFn

Youtube:
   / @zawaniamirah  
.
.
.
0

Комментарии

Информация по комментариям в разработке