Kuih Serabai KELAPA, santapan KERABAT DIRAJA | Resepi Tok Melaka

Описание к видео Kuih Serabai KELAPA, santapan KERABAT DIRAJA | Resepi Tok Melaka

Dalam episod Resepi Tok kali ini, Fendi masih lagi berada di sekitar kawasan Ayer Limau, Melaka bagi mencari resepi untuk membuat kuih serabai. Uniknya kuih serabai di Melaka ini kerana kelapa digunakan sebagai bahan utama bagi menaikkan bau wangi dan aroma yang menarik. Kuih ini juga sedap dihidangkan bersama pengat durian. Acuan untuk membuat kuih ni juga telah pun berusia 80 tahun!

Kebiasaannya, kuih serabai akan dihidangkan sekiranya ada berlaku kematian di kenduri arwah. Istimewanya kuih serabai ini kerana ia menjadi santapan kegemaran warga Istana!

Jom kita tengok macam mana Kuih Serabai Kelapa ni boleh menjadi kegemaran masyarakat tempatan dan juga kerabat Diraja.

📍Lokasi » Kuih Serabai Tradisional, Jalan Seberang Prai, Kampung Solok Ayer Limau, 78300 Masjid Tanah, Melaka

⏰ Operasi Restoran » Dibuka setiap hari, kecuali Isnin dan Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang

☎️ Nombor Telefon » 016-2378619 (Encik Azri)

💬 Facebook » Serabai Tradisional Melaka

Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-
Resepi Tok Pulau Pinang : https://youtube.com/playlist?list=PLn...
Resepi Tok Ramadan : https://youtube.com/playlist?list=PLn...
Resepi Tok Langkawi : https://youtube.com/playlist?list=PLn...
Resepi Tok Perlis : https://youtube.com/playlist?list=PLn...
Resepi Tok Kedah : https://youtube.com/playlist?list=PLn...
Resepi Tok Johor : https://www.youtube.com/playlist?list...
_____________________________________________________________

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке