Aliff Aziz menangis, aibkan Bella? Dimanakah silapnya bila nak selamatkan rumahtangga? I Ep 4

Описание к видео Aliff Aziz menangis, aibkan Bella? Dimanakah silapnya bila nak selamatkan rumahtangga? I Ep 4

Podcast Borak-Borak Rumahtangga Episod 4 kali ini antaranya membicarakan mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini mengenai Aliff Aziz yang akhirnya muncul dalam temubual podcast Singapura serta meluahkan apa yang dirasai mengenai tuduhan dan tohmahan terhadap dirinya selama ini.

Menarik untuk episod kali ini, juga membincangkan kesilapan yang beliau sudah lakukan dari aspek psikologi dan Islam. Kalau anda tonton sehingga ke akhir episod ini, kami juga akan memberi tips dan langkah sepatutnya yang anda boleh lakukan sekiranya mengalami isu rumahtangga yang retak menuggu belah akibat kes curang oleh pihak ke-3.

Setiap episod akan menampilkan Zafrul Noordin, Pengasas MySakinah dan Luqman Makhtar, penulis buku Asam Garam Rumahtangga Nabi s.a.w serta istimewa untuk episod kali ini bersama dengan tetamu khas Pn Hazleen Rostam, Kaunselor rumahtangga di MySakinah untuk mengupas topik runcing ini bersama-sama berdasarkan ilmu psikologi hubungan moden.

Jika anda sedang menghadapi krisis dalam rumahtangga dan ingin menyelamatkan semula perkahwinan, link di bawah untuk dapatkan bantuan selanjutnya

Комментарии

Информация по комментариям в разработке