Riwayat Ungku Aziz | Ulas Buku

Описание к видео Riwayat Ungku Aziz | Ulas Buku

Ikuti perbincangan ulasan buku Riwayat Ungku Aziz karya Asmah Haji Omar, bersama Azan dan Firdaus. Riwayat Ungku Aziz adalah memoir sosok Profesor Diraja nukilan Asmah Haji Omar, berdasarkan temu bual dan pengalaman berkhidmat di Universiti Malaya sewaktu Ungku Aziz menjadi Naib Cancelor. Profesor Diraja Ungku Aziz (selepas ini disebut Ungku Aziz) merupakan seorang tokoh akademik yang ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Bahan yang menjadi kandungan buku ini sebahagiannya diambil daripada khazanah ingatan penulis sendiri dengan pengalaman begitu lama bekerja di Universiti Malaya, dan khususnya di bawah pentadbiran Ungku Aziz sebagai Naib Canselor. Khazanah ingatan ini disokong oleh buku-buku catatan harian ketika penulis menjadi Pengarah Pusat Bahasa dan Timbalan Naib Canselor (Perjawatan), Universiti Malaya. Temu duga dengan Ungku Aziz yang secara keseluruhannya mengambil masa kira-kira 12 jam dalam julat masa enam minggu adalah untuk mengesahkan butir-butir khusus, terutama sekali yang telah ditulis tentangnya. Juga dalam temu duga itu, penulis memperoleh gambaran yang jelas tentang salasilahnya. Oleh sebab Ungku Aziz adalah keturunan keluarga diraja yang memerintah Johor yang dapat disusurgalurkan ke abad ke-17, maka rujukan dibuat kepada buku-buku sejarah dan hikayat serta syair yang menceritakan proses sejarah yang berlaku di Alam Melayu, terutama sekali di kawasan yang diperintah oleh kerajaan Johor Riau-Lingga-Pahang.

Riwayat ini adalah riwayat Profesor Diraja Ungku Aziz. Oleh kerana nama Ungku Aziz sebati dengan Universiti Malaya, maka tidak dapat tidak, cerita berkenaan dengan beliau dalam buku ini sebahagian besar tertumpu pada khidmat yang diberinya dalam membina dan membangunkan universiti berkenaan. Oleh sebab itu, tidak ada tokoh lain yang dibincangkan secara khusus dalam buku ini kecuali jika mereka mempunyai peranan tertentu yang dapat menyerlahkan lagi program-program yang diusahakan oleh Profesor Ungku Aziz.

#MengulasBuku



Sertai saluran WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1Q...

Beli buku: https://kawahbuku.com
Baca zine: https://kawahbuku.com/zine

Send us likes on TikTok:
  / kawahbuku  

Check us out on Instagram:
  / kawahbuku  

Follow us on Twitter:
  / kawahbuku  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке