Bersalah atau tidak [SEARCH] - Kembara jiwa selama 60 hari sebelum Campbell Rooftop

Описание к видео Bersalah atau tidak [SEARCH] - Kembara jiwa selama 60 hari sebelum Campbell Rooftop

Assalamualaikum rakan peminat superfrens BigKidd yang saya hormati.

Fokus saya kebelakangan ini adalah khusus untuk konsert Rooftop 11 Jun ini. Ini titik tolak penting dalam hidup saya. Walaupun banyak kejadian yang telah terjadi dengan izin Allah, saya kuatkan diri untuk memulakan milestone baru buat Search dgn kemasukan Yan, Denden dan Min ke dalam Search. Sejujurnya, pelbagai nukilan rasa terlintas di hati ini - ada yang baik, ada yang buruk, namun saya berhati hati menghalusinya semua dan sentiasa cuba untuk memilih jalan yang terbaik.

Saya amat bersyukur kerana adanya Din di sisi perjuangan kali ini. Kematangan dan kebijaksanaannya banyak menguatkan azam saya agar tidak patah semangat dalam meneruskan legasi Search. Di samping itu, saya menghargai rakan rakan belakang tabir yang berusaha keras untuk memastikan konsert Rooftop ini terlaksana. Saya ambik peluang untuk merekodkan wajah wajah mereka dalam klip ini, sebagai tanda terimakasih atas keikhlasan usaha mereka. Pemerhatian saya, Search dan rakan petugasnya sama rentaknya. Kami tidak mahu mendabik dada, kami tidak mahu tamak, kami berusaha untuk mengelak dari sebarang negativiti yang ada di hadapan kami. At the end of each day, we know that our love is still playing our music and we always have fun with our friends while performing it. And we really hope, the fans feels the same way.

Saya sedar yang ramai peminat benar benar ikhlas dan perihatin akan keberadaan kami. Mereka tak segan silu menyatakan tanda sokongan kepada penerusan legasi ini dalam memperkasakan muzik Search. Jelas, peminat dahagakan persembahan berkualiti dari Search dan ingin mengalami semula impak nostalgia lagu lagu Search ke atas hidup mereka sepanjang 4 dekad ini. Atas permintaan itu, kami mohon kekuatan dari Ilahi untuk melunaskannya kepada mereka.

Memang benar, banyak yang telah terjadi dan ia di luar kawalan kami. Tidak pernah kami meminta kehilangan Arwah Yazit ataupun kepulangan isteri tercinta saya, mahupun kemelut perpecahan kontroversi ni. Namun, itulah qada dan qadar Ilahi buat kami. Tak apalah, kami terima. Tapi wajib untuk kami terus berfikiran positif, tidak putus asa dan jangan sekali kali melampaui adab dalam tutur dan laku kepada peminat dan rakan industri seni kita ini. Itulah pegangan yang kami akan pertahankan sebaik mungkin.

Akhirnya, saya amat bersyukur kerana berjaya menggabungkan ahli ahli baru ke dalam Search. MashaAllah, saya terimanya sebagai satu rahmat dan pertolongan Allah. Jelas, Allah telah memudah-cara dan menyatukan hati mereka untuk bergabung bersama kami. Bukan itu saja, seni yang terhasil adalah baik sekali. Mereka benar benar expert dalam seni mereka, dalam memastikan impak sonik Search terjaga rapi dan bersatu hati untuk memastikan hasil yang lebih berkualiti di masa hadapan. Alhamdulillah, kalau inilah barisan yang Allah takdirkan masa ini, saya terima dengan penuh rasa syukur.

oklah gang..pls enjoy the music. I thank you all from the bottom of my heart.

Kid Search
Campbell Rooftop - 9 Jun 2022

Комментарии

Информация по комментариям в разработке