Lombok lagi cantik dari Bali? Serius lah. Tengok video ni sebelum korang travel Lombok | Travelog

Описание к видео Lombok lagi cantik dari Bali? Serius lah. Tengok video ni sebelum korang travel Lombok | Travelog

Alhamdulillah, Allah masih berikan kami kesempatan ruang dan waktu untuk travel lagi. Trip santai 5 hari 4 malam ni kami cover area Lombok Tengah dan Lombok Utara. Trip di daratan saja tak masuk ke pulau-pulau.
.
Sebenarnya Lombok ni pilihan ketiga selepas Krabi dan Bali. At first memang dah rancang trip ke Krabi tapi maklumlah ‘kedurjanaan’ si Air Asia punya flight cancel kacau plan. So kami decide untuk ke Indonesia dengan kos tiket flight yang lebih kurang sama dengan Krabi. Kami pilih Lombok sebab by research mudah nak makan makanan halal dan ada beberapa kenalan yang ada disana membantu memudahkan proses travel kami.
.
Untuk tiket flight pergi dan balik ke Lombok kami spend RM 974 untuk 2 orang siap makan dalam flight. Nak murah punya pasal naik jugak lah Air Asia. Alhamdulillah takde flight change last minit
.
Day 1 arrived di Lombok kami terus ke area Kuta. Terletak kira-kira 1 jam dari airport Lombok. Dekat Kuta ni bukanlah spot pilihan tourist sangat cuma pergi sebab nak merasa villa private pool eklusif je. Hahaha. Kami stay di Kayuma Villas, Selong Belanak.
.
Antara port yang best di Kuta bagi aku adalah Sasak Sade Village dan Bukit Merese saja. Lain tu biasa-biasa saja macam Pantai Aan dan Pantai Mandalika. Ingat nak pergi Batu James Bond tapi dah runtuh.
.
Day 2 kami gerak ke area Lombok Utara. By research kami nak ke Rumah Pohon Gangga, Air Terjun Gangga dan Pantai Tebing. Dari Kuta lebih kurang 2 jam. Tapi sampai di kawasan-kawasan tu semuanya hampa. Tempat2 perlancongan di Lombok Utara mostly dah rosak dan belum dibaiki akibat gempa dan covid. Fasiliti yang ada pun dah barai semuanya. Then balik check in hotel di Sengigi saja. Di Sengigi kami stay di Svarga Resort. Hotel yang best siap private pool jugak.
.
Day 3 kami ronda Mataram. Mataram adalah ibu kota di Nusa Tenggara Barat (Lombok). Di Mataram ni memang aku serah kat pak supir nak bawak kemana yang dia recommend. So kami ke Narmada, Mayura dan Pura Lingsar. Paling best di Pura Lingsar. Oh ya, kami shopping oleh-oleh di Sasaku Super Market.
.
Day 4 kalau tak kami nak ke kawasan Lombok Tengah nak ke air terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu tapi tak jadi sebab rasa masih ada tempat yg tak pergi lagi di Sengigi dan Mataram. So kami lepak balik di Sengigi Beach untuk spend time menikmati pantai dia. Then kami ke Epicentrum Mall dan lepak tengok sunset di Pantai Ampenan. Setel Day 4 di Mataram dan malam last stay di Arianz Hotel berhadapan Sangkareang Lombok. Hotel murah tapi sangat selesa.
.
Day 5 balik KLIA. Alhamdulillah telah selamat pergi dan balik.

Menu makanan yang sedap-sedap yang sempat aku rasa:
1. Nasi Balap Puyung
2. Bakso Jumbo Original Lombok
3. Plecing Kangkung
4. Siomay dan Cilok
5. Gulei dan Sate Kambing
6. Sup Bebalong

Kos-kos travel aku listkan kat bawah:
- Flight Air Asia RM974 2 pax
- Park Kereta ERL Salak Tinggi RM30
- ERL RM20
- Kayuma Villas 1 malam RM374
- Svarga Resort 2 malam RM625

- Arianz Hotel 1 malam RM70

- Hotspot RoamingMan RM105
- Supir RM770

TQ for watching guys!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке