MANGALA ESTATE Boutique Resort, Gambang Pahang | Amani Villa | FULL REVIEW

Описание к видео MANGALA ESTATE Boutique Resort, Gambang Pahang | Amani Villa | FULL REVIEW

MANGALA RESORT & SPA
Gambang, Pahang

Jenis bilik :  Amani Villa (Private Pool)
Check in    :  22-23 Oktober 2021 (1 malam)
Harga         :  MYR 1299
(Ni under pakej termasuk Breakfast & Dinner for 2 lps tu Free Activity mcm Cycling, Archery, Kayak & Paddle Boat)
Deposit      :  Tiada Deposit sb dh byr terus di website.
Booking melalui:
https://www.mangalaresortandspa.com

LOBI
👨 Lobi dia cantik. Laluan masuk ada kolam kiri dan kanan menyerlahkan lagi kemewahan resort ni. Suasana lobi sgt tenang dan rileks. Ada welcome drink air Lemongrass yg refreshing
🚲 Dikawasan sebelah kaunter reception ada Gift Shop dan Stesen Basikal. Dekat kawasan rekreasi (1km dari lobi) ada aktiviti berkayak, memanah & paddle boat.
Bilik: Amani Villa (Private Pool)
🛋 Ruangan bilik yang sgt cozy dan luas dgn tone warna coklat gelap
🛌 Katil super king mmg besar dan lebar. Dekat wardrobe ada disediakan selipar dan sejadah.
🍇 Dapat Welcome fruit. Buah dia mmg manis dan sedap👍🏻
🛀 Bilik air memang luas. Ada mini garden kiri dan kanan. Toiletries dia sgt wangi dan heaven. Bathtub pon besar memanjang bentuk oval. Yg penting toilet bowl pkai bidet spray. For info bilik air pintu xde kunci yer, so just beware la klu bawak anak2. Lps tu sliding mini garden xde blind atau tirai..klu mandi tu mmg tgk hutan terus hihihi..
☕ Dkt mini bar Ada Coffee Machine brand Cafe Richards London..lps tu ada Milo paket kome..mmg rare..susah nk jumpe hotel @ resort bg milo😬
🐳 Private pool dia besar beb. Suasana dpn menghadap pokok2 ala2 forest gitu. Ada kerusi sandar dan disediakan 2 tuala mandi kat situ.

Swimming Pool
🏊🏻‍♀️ Public Swimming pool dia lain macam kome. Infinity pool depan tasik yang besar berserta jakuzi di sebelah kiri kt bawah pokok kelapa😄
🛻 Parking senang je and free anytime boleh keluar masuk.

Restoran Lakeside
Ada satu ni jer restoran kt Mangala Resort
Breakfast : Food dia standard. Choices tak byk sgt. Rasa ok not bad.
Dinner : Ada 3 course dinner. Dia pny Aus tenderloin steak mmg sedap dan lembut👍🏻
Depan restoran ada pool dan tasik. So view mmg cantik la. Byk port ootd hihi.
Ada port lepak jgk kt sebelah pool.

✅Overall service mmg ok, bnyk tempat boleh OOTD staff pun baik2 dan sgt friendly.

Info tambahan:
🚗 Lokasi resort ni betol betol selepas tol gambang masuk belah kiri. Dekat area situ memang xde ape la, kedai mkn pon xde.

Kena check website diorg utk info terkini.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке