Jadi Kanak-kanak di Genting SkyWorlds Theme Park | Travel Vlog

Описание к видео Jadi Kanak-kanak di Genting SkyWorlds Theme Park | Travel Vlog

Ini boleh dikatakan pertama kali aku pergi SkyWorld Theme Park. İni juga boleh dikatakan plan last minute sebab kami beli tiket pon pada jam 11.00 malam.

Nak pergi theme park ni Boleh sahaja walk-in tapi harga akan sedikit mahal. Kalau beli tiket secara online kena beli sehari sebelum tarikh pergi dan tiket akan lebih murah. Kami beli tiket secara online untuk theme park beserta cable car punya tiket. Tiket cable car pon dapat murah sikit dari harga biasa. Banyak je platform nak beli tiket ni cuma kena pandai pilih yang mana lebih berbaloi.

Selepas beli tiket korang wajib install apps SkyWorlds. Dalam apps tu akan diberikan map untuk berjalan, jenis2 permainan yang ada dan yang paling best dapat 3 kali express lane. Jadi korang boleh main permaianan tanpa beratur lama guna Itu. Pilih la dengan bijak okay.

Since kami pergi waktu weekdays, jadi tak sesak sangat and kami datang waktu pagi. Boleh main banyak permainan tanpa beratur.

Ada juga permainan yang tak boleh di main dan juga ada juga permaian baru yang akan di buka.

That was a good experience untuk aku. Ada kelapangan mungkin akan repeat lagi.

Hope you guys enjoy the video 👌🏻
This video sekadar hobi and kenangan untuk saya simpan di sini ☺️

Комментарии

Информация по комментариям в разработке