Biodata Fiona Saffiyya, Isteri Hafiz Suip (Fiona Anak John Nolly) - Hafiz Suip Kahwin
Ikuti biodata penuh dan latar belakang - ala Wikipedia - serta umur Fiona atau nama sebenarnya, Fiona Saffiyya binti John Nolly, bekas peserta My Starz LG Musim 2 pada 2008 yang asal dari Bau, Sarawak dan berketurunan (kaum / etnik) Bidayuh ini.
Selaku selebriti negeri Sarawak sejak era 2000-an, dia popular dengan lagu-lagu berbahasa Iban dan Bidayuh seperti Adat Bidingan, Rindu Ke Nuan dan Idup Sejalai.
Beliau kini merupakan seorang ejen insurans yang berjaya.
Fiona pernah membuat kemunculan di Konsert Hafiz Suip - Perjalananku (Hafiz Suip: My Journey Concert) pada Oktober 2024 dengan menyanyi secara duet bersama Hafiz.
Dia dikatakan merupakan seorang ibu tunggal anak tiga, namun kesahihannya tidak pula dipastikan.
Fiona kini merupakan seorang mualaf iaitu saudara baharu dalam agama Islam.
Terkini, pada 13 Februari 2026, Hafiz Suip berkongsi di halaman Facebook (FB) miliknya video sesi siaran langsung majlis perkahwinan / resepsi / persandingan dengan Fiona sekali gus menandakan bahawa penyanyi itu sudah sah bergelar suami kepada Fiona. Majlis diadakan di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jesreel Abdullah pada 2016, sebelum sah bercerai pada Mei 2025. Hasil perkahwinan dengan bekas isterinya itu, pasangan tersebut bergelar ibu bapa kepada dua orang anak iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Sekadar info, Hafiz Suip (yang juga sering tersalah eja sebagai Hafiz Suib dan Hafiz Shuib) yang dulunya bakatnya dicungkil daripada program Akademi Fantasia (AF) Musim 7 selaku juara ini telah merakamkan beberapa album dan terkenal menerusi lagu-lagu hit, antara senarainya ialah Kisah Cinta Kita, Ku Akui, Hanya Ingin Kau Cinta, Terus Bersinar, Bahagiamu Deritaku, Noktah Cinta, Awan Nano, Untuk Cinta (duet bersama Adira) dan Ombak Rindu (duet bersama Adira).
Pemilik akaun Instagram (IG) @hafizsuip90, Threads @ [nyatakan jika ada] dan Tiktok @hafizsuip90 bernama sebenar Mohd Hafiz bin Mohd Suip ini pernah meraih beberapa anugerah besar antaranya di Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan banyak lagi, manakala sekarang muncul dengan single terbaru berjudul Yang Engkau Mahukan yang video audio rasminya sudah boleh dinikmati di halaman Youtube.
tags: fiona saffiyya profile, biography, identiti, birthday, bila pernikahan pertunangan hafiz suip, ex wife bini hafiz, pekerjaan fiona, hafiz’s songs, adik beradik, bau krokong
Информация по комментариям в разработке