Taman Negara Johor Gunung Ledang ( Lagenda )

Описание к видео Taman Negara Johor Gunung Ledang ( Lagenda )

Taman Negara Johor Gunung Ledang ditubuhkan pada 2005 untuk melindungi gunung istimewa dan memelihara seluruh tumbuhan unik dan binatang yang bermastautin di sini. Kawasan perlindungan yang berkeluasan 8 611.9 hektar ini, merangkumi keseluruhan Ledang yang mempunyai ciri hutan hujan tropika yang luas dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air kritikal untuk negeri Johor dan Melaka.

Gunung ini juga digelar dengan pelbagai nama. Pada abad ke 14, seorang pelayar Selat Melaka berbangsa China telah menggelar gunung ini sebagai “Kim Sua” bermaksud Gunung Emas dalam bahasa Hokkien. Gelaran ini diberi kerana dikatakan terdapat kewujudan emas di gunung ini. Seorang ahli kartografi British menggelar gunung ini sebagai Gunung Ophir, diambil dari nama lombong Opir yang membekalkan khazanah kepada Raja Solomon yang hilang. Nama “Gunung Ledang” mungkin juga sudah diciptakan semasa pemerintahan kerajaan Majapahit lagi. Ianya dikaitkan dengan bahasa Jawa lama, “Ledang” yang bermaksud sebagai “tinggi”, “jauh”, atau “menonjol”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке