Mencari Etok/Kerang emas sungai - Catch Asian clam/Golden clam

Описание к видео Mencari Etok/Kerang emas sungai - Catch Asian clam/Golden clam

Salam satu Hobi Outdoor..
Segmen JOM REDAH kali ini..
Semasa saya balik ke kg saya di Felcra Changkat Lada,Kg Gjah Perak saya berkesempatan untuk cuba mencari etok sungai. Etak atau etok, dengan nama saintifik Corbicula fluminea,ialah spesies kepah air tawar yang tempatan dari Asia timur, dan menjadi spesies ceroboh di seluruh Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah.
Ia turut disebut kerang Asia dan kerang emas atau Asiatic clam dan golden clam di barat. Etak" adalah sebutan yang lebih baku bagi perkataan "etok" yang diambil daripada dialek Kelantan.
Etak umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Etak ini boleh juga dilihat hidup di kawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etak lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.
Etak yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etak juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup di dasar sungai yang tanahnya berselut.
Di Malaysia, musim kemarau antara bulan Mac hingga Ogos ialah musim terbaik untuk 'menangkap' etak kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan paras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etak merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.
Kulit etak biasanya terdapat dalam dua warna, iaitu perang kehitaman dan kuning cerah. Etak bercengkerang perang kehitaman sering dijumpai di kawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala yang berwarna kuning cerah pula di kawasan berpasir.
Etak boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kawat besi.
Kali ini saya turun bersama isteri untuk cuba mencari spesis ETOK atau Asian Clam atau GOLDEN Clam ini.
Saksikanlah video saya ini hingga akhir ya.Terima kasih pada semua yg sudi support.

Syukur atas rezeki yang Allah beri..Alhamdulillah

“Nak ikan jangan takut panas,basah dan kotor”..selamat menonton....FRUGAL OUTDOORS

Setup in this video :
Redmi Note 10 pro camera
Tripod Weifeng WT-3110A

Follow our Social Media :
FacebooK :   / jomredah.jomredah  
Instagram: halim_jomredah
Tik Tok : https://vt.tiktok.com/ZSe1evVEF/
My email address : [email protected]

Video editor : filmora 9
Custom intro animation creator https://panzoid.com/tools/clipmaker?c...
Audio Trimmer MP3 Cutter https://audiotrimmer.com/#

jangan lupa subscribe ,like dan coment..terima kasih

Комментарии

Информация по комментариям в разработке