Lepat Liat Legend Lembut Kenyal Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Описание к видео Lepat Liat Legend Lembut Kenyal Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Resepi lepat liat

3 cawan tepung pulut
1 cawan santan
11/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
2 camca gula pasir(opsyenal)

untuk inti
2 cawan kelapa parut(putih sahaja)
1 sudu teh garam

daun pisang secukupnya
sedikit minyak masak

1.Masak 3 bahan iaitu gula merah,1/2 cawan air dan 2 helai daun pandan.
2.Masak sehingga gula larut dan kemudian tapis dan sejukkan
3.Layur daun pisang di atas api sehingga selesai
4.Potong daun pisang 6×7 inci kemudian basuh ,lap kering dan sapu minyak di permukaan daun.
5.Ayak tepung pulut kedalam mangkuk adunan.
6.Masukkan air gula merah ,santan dan kacau sehingga sebati
7.Masukkan garam kedalam kelapa parut dan gaul rata.
8.Ambil satu sudu adunan dan letak diatau daun,leperkan letak kelapa parut ditengah kemudian gulung.
9.Ulang hingga selesai.
10.Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus lepat liat sela 15 hingga 20 minit sahaja

#lepatliat#kuihlegend#kuihtradisional

Комментарии

Информация по комментариям в разработке