Amnan Azan Makkah di Masjid Negeri Shah Alam

Описание к видео Amnan Azan Makkah di Masjid Negeri Shah Alam

Bersempena program Kembara Bilal Muda 2012, Adik Muhammad Amnan yang baru berusia 9 tahun telahpun diberi peluang oleh Pegawai Syarak Masjid Negeri Shah Alam untuk melaungkan azan di sini. Beliau melafazkan Azan Isyak selepas sesi Talaqqi dan Musyafahah bersama Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki. Adik ini juga berazam untuk menyempurnakan satu tanggungjawab besar suatu hari nanti iaitu melafazkan azan di Masjid al-Haram Makkah / Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah. Ketika ditanya, "Kenapa tanam cita-cita untuk azan di dua tanah suci tersebut?". Beliau secara langsung pernah menjawab, "Di sini, saya azan, jamaah yang hadir ahli kariah sini sahaja. Tetapi di sana, satu dunia akan hadir". Mohon dato/datin/prof/tuan/puan dapat doakan kejayaan adik ini pada masa-masa akan datang. Amin Ya Rabbal Alamin.
  / kembarabilalmudaamnan  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке