Roslan Madun [ FULL ALBUM]

Описание к видео Roslan Madun [ FULL ALBUM]

01.Menghilir Sungai Pahang 00:00
02.Puteri Wanangsari 04:55
03.Tun Teja 09:21
04.Duka Megat Panji Alam 13:33
05.Wau Wau Pepeh 17:40
06.Lemak Manis 21:51
07.Tebang Tebu 25:33
08.Burung Kenek-Kenek 29:33
09.Nazam Mukjizat 32:31
10.Muhammad Kekasih Allah 36:30

Connect with Roslan Madun on Social Media
Instagram:
https://www.instagram.com/roslanmadun...
Facebook:
  / anggun.performingarts  
Youtube:
   / @channelroslanmadun6614  

#lagurakyat #tradisional #lemakmanis

Dilahirkan di Kg. Durian Tawar, Mengkarak pada 20 Julai 1952. Telah mendapat pendidikan menengah di Raub, Pahang. Mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat pada tahun 1981. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982, beliau terus memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh Negara.

Lagu Lemak Manis nyanyiannya digunakan di sekolah-sekolah dan kem-kem Latihan Khidmat Negara. Lagu tersebut juga sering dinyanyikan di majlis keramaian dalam berbagai bentuk, seperti koir dan nyanyian berkumpulan. Lagu Seloka Pak Kaduk pula menduduki carta Hit Gegar THR hampir satu tahun pada tahun 2009.

Beliau pernah mengadakan persembahan di luar Negara iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993).

Pada tahun 2000, Roslan Madun pulang ke Temerloh dan menubuhkan Anggun Performing Arts. Anggun telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel-bengkel sastera, teater dan lain-lain.

Festival Temerloh ialah acara terbesar dijalankan dgn kerjasama MPT selama 5 tahun berturut-turut. Bakat-bakat yang lahir dari pelbagai pertandingan bercorak kesenian yang diadakan oleh Anggun kini ramai yang sudah mendapat diploma di ASWARA dan ada yang sedang mengambil ijazah di universiti tempatan.

Beliau aktif memberi bimbingan lagu rakyat dan puisi tradisional di sekolah, maktab dan universiti. Sering diundang menjadi juri dalam pertandingan bercorak kesenian tradisional. Bergiat dalam bidang sastera dan pernah menerima Anugerah Sastera Utusan/ExxoMobil kategori puisi pada tahun 2006.

Turut terlibat dalam industri perfileman pada tahun 1986, bila dilantik sebagai pengarah seni untuk filem Riang Tirana, sampai sekarang beliau terus menulis skrip, berlakon, mengarah drama tv dan teater.

Lanjutan dari sumbangan dan jasa di dalam bidang seni, Roslan Madun telah dikurniakan PKC 2003, AAP 2006 & SMP 2009 oleh KDYMM Sultan Pahang.

Lain lain jawatan yang disandang oleh Roslan Madun iaitu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang dan Penyelaras Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Negeri Melaka. Roslan Madun turut menubuhkan Majlis Teater Negeri Pahang.

Roslan Madun kini menjadi penggiat seni sepenuh masa.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке